Feb 18, 2013

Sujud Sahwi dan Keraguan Ketika Solat

Assalamualaikum W.B.T

Hari nie terdetik di hati nak google pasal Sujud Sahwi. Sebelum nie dah pernah belajar tapi ingat ingat lupa macam mana nak lakukan dengan tertib. Jujur saya cakap selalunya solat Subuh kadang kadang  saya terlupa nak buat Doa Qunut, jadi saya buat Sujud Sahwi setakat mana yang saya ingat ingat lupa tu. Niat dan lafaz saya ingat, cuma tak yakin perlu dibuat selepas salam atau dalam solat. Bila difikir fikirkan semula, buat apa saya solat kalau solat saya tak diterima, tu yang terdetik nak tahu macam mana buat Sujud Sahwi dengan sempurna. Sebelum nie saya buat sujud sahwi selepas memberi salam tapi selepas google beberapa blog, baru saya tahu keadaan keadaan yang tertentu untuk buat Sujud Sahwi.

Sebelum tu, saya serta kan 13 rukun solat yang wajib dilakukan, yang mana jika kita tidak buat salah satu daripadanya, maka solat terbatal dengan sendirinya dan hukumnya tidak sah.

a) 13 Rukun Solat

1) Berdiri Tegak - kalau tidak mampu, boleh dalam keadaan duduk, berbaring (mengikut kemampuan sendiri)

2) Niat

3) Takbiratul Ihram

4) Bacaan Al Fatihah

5) Ruku'serta thoma'ninah

6) I'tidal serta thoma'ninah

7) Sujud dua kali serta thoma'ninah

8) Duduk di antara dua sujud serta thoma'ninah

9) Duduk Tahiyyat Akhir

10) Bacaan Tahiyyat Akhir

11) Membaca selawat ke atas Nabi waktu tahiyyat akhir

12) Memberi salam yang pertama

13) Tertib


b) Jika Terlupa Doa Qunut Ketika Solat Subuh

Perlu kita tahu bahawa Doa Qunut adalah sunat di sisi Mazhab Imam Syafi'ie dan tidak tergolong dalam Rukun 13 solat. Maka jika kita terlupa membaca Doa Qunut, solat kita masih sah. Dan kita dituntut untuk membuat Sujud Sahwi namun solat masih sah jika kita tidak membuat Sujud Sahwi. Sujud Sahwi dilakukan selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum salam pertama.

1) 2 kali sujud rakaat terakhir
2) Bacaan Tahiyyat Akhir
3) 2 kali sujud iaitu Sujud Sahwi
4) Salam Pertama

Bacaan Sujud Sahwi :

                                             sahwi2.gif
        Subhanamanlaa Yanaamu Walaa Yashu
           " Maha Suci Allah Yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa "

c) Terlupa Tahiyyat Awal

Diriwayatkan hadis daripada Abdul Rahman bib A'raj (r.a) mengatakan sesungguhnya Ibnu Buhainah (r.a) memberitahu dia:" Sesungguhnya Nabi (s.a.w) berdiri di dalam rakaat kedua solat zohor terlupa dia duduk (yakni, membaca Tahiyat Awal) sehingga ketika selesai dari solatnya kecuali memberi 'salam', sujud dia dua sujud sahwi dan memberi 'salam' dia." [Hadith Ibnu Majah] 


Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah tersebut memberitahu kita perlakuan Rasulullah s.a.w yang menjadi panduan kita bahawa apabila terlupa membaca Tahiyat Awal pada penghujung rakaat kedua solat, maka sebelum memberi salam, hendaklah membuat Sujud Sahwi dua kali, kemudian barulah memberi salam.

1. Jika kita berdiri selepas sujud kedua pada rakaat kedua itu tanpa membaca Tahiyyat Awal, kita boleh kembali duduk untuk membaca Tahiyyat Awal sekiranya kita belum sempurna berdiri (atau)

2. Kalau kita dah sempurna berdiri tegak, maka dalam situasi ini kita hendaklah terus berdiri untuk rakaat ketiganya.

3. Selesaikan solat sehingga Tahiyyat Akhir, maka kita perlu membuat Sujud Sahwi kemudian baru memberi salam pertama. Sujud Sahwi dilakukan ketika selesai bacaan Tahiyyat Akhir dan sebelum salam pertama.


d) Jika terlebih rakaat solat

Diriwayatkan hadis daripada Abdillah (r.a) berkata: 'Bersolat Nabi (s.a.w) solat Zohor lima rakaat. Maka ditanya orang akan dia: "Adakah menambah engkau, wahai Rasulullah (s.a.w) di dalam solat (Zohor ini)? Bersabda Nabi (s.a.w): " Adakah benar demikian (yakni, bertanya kepada para sahabat yang lain untuk mengesahkan penyataan sahabat yang menegur itu)?" Maka diberitahu kepadanya (demikian), maka Nabi (s.a.w) menyusun kakinya (duduk seumpama duduk semasa Tahiyat Akhir), maka sujud dia dua sujud (yakni, Sujud Sahwi)." [Hadith Ibnu Majah] 


Dalam hadis Ibnu Majah tersebut menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w mengimamkan solat para sahabat. Kemudian selepas selesai solat, ada sahabat yang mengesyaki bahawa Rasulullah s.a.w telah melakukan sesuatu yang tidak lazim bagi solat tersebut. Rasulullah s.a.w datang semula ke tempat solat, kemudian duduk sebagaimana duduk Tahiyyat Akhir, kemudian dia bertakbir "Allahu Akbar" ketika hendak sujud kemudian membuat Sujud Sahwi.

1. Dalam situais ini, Sujud Sahwi dilakukan selepas salam iaitu sebaik sahaja menyedari terlebeih rakaat semasa melakukan solat selepas ditegur sahabat.

2. Jika disedari ketika masih dalam solat, wajiblah kembali duduk kemudian menyelesaikan Bacaan Tahiyyat Akhir. Setelah itu, lakukan Sujud Sahwi dan memberi salam. Jika solat diteruskan juga sebaik sahaja menyedari tertambah bilangan rakaat, maka solat itu terbatal dan tidak sah.


e) Ragu ragu rakaat ke berapa sewaktu masih dalam solat

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin 'Auf (r.ad) berkata: "Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: " Ketika syak (yakni, ragu) salah seorang kamu di dalam dua dan satu (rakaat) maka hendaklah kamu jadikan satu rakaat, dan ketika syak (yakni, ragu kamu) di dalam dua atau tiga (rakaat), maka hendaklah menjadikan dua, dan ketika syak (yakni, ragu kamu) tiga atau empat, maka hendaklah dijadikan tiga (yakni, ambil kira bilangan rakaat yang tersedikit). Kemudian sempurnakanlah bakinya dari solat tersebut sehingga ada kamu ragu-ragu di dalam tambahan kemudian sujudlah dua sujud (yakni, Sujud Sahwi)  dan bahawa engkau duduk sebelum apabila memberi salam. [Hadith Ibnu Majah]


1) Sewaktu dalam solat, kita tidak pasti sama ada kita sudah melakukan (rakaat yang pertama atau yang kedua / rakaat kedua atau rakaat yang ketiga / rakaat ketiga atau rakaat yang keempat). Dalam situasi ini, kita hendaklah mengambilkira bilangan rakaat yang paling sedikit. Jika ragu antara rakaat pertama dan kedua, kita perlu kira rakaat yang pertama. Jika ragu antara rakaat kedua dan ketiga, kita perlu mengambilkira rakaat yang kedua. Jika ragu antara rakaat ketiga atau keempat, kita perlu mengambilkira rakaat yang ketiga. Kemudian di akhir solat, sebelum memberi salam, kita hendaklah membuat Sujud Sahwi.

2) Jika kita sudah selesai solat, yakni sesudah memberi salam kemudian ada orang memberitahu bahawa kita hanya membuat dua rakaat walhal solat tersebut ada empat rakaat. Maka kita perlu kembali berdiri untuk menyempurnakan lagi dua rakaat yang tertinggal. Dan apabila selesai, kita perlu membuat Sujud Sahwi kemudian memberi salam.


Apa yang saya tulis pada malam nie adalah untuk pengetahuan saya sendiri dan untuk berkongsi dengan rakan rakan yang lain yang mana saya yakin terdapat antara kita semua mengalami masalah yang sama seperti saya ketika melakukan solat. Jika ada apa apa yang salah perlu ditegur, saya cuma sampaikan apa yang saya faham dari maklumat yang saya kumpul dari beberapa laman internet.
Semoga solat kita semua mendapat solat yang khusyuk dan diterima, insyaAllah. Sama sama kita perbaiki kelemahan kita dan saya harap entry kali ini dapat membantu yang lain. Wallahu'alam.



Feb 3, 2013

Buyana and Wedding ♥


Assalamualaikum and have a good Sunday people! Long time no see me? Yeahh, I should had not created this blogging site because I'm an extremely sluggard to write a new entry. Hahahaha. Booo me! Why I'm here that's because my semester break went super duper bored. :\ Zzz.

Okay lets begin...

It is about went to rumah Izzati. Izzati? Ouh, that's so weird. Kak Ta is better. Hahahahaha. It was hard for me to get permission from mom about going to join them. Tapi pujuk punya pujuk kata Kak Ta nak jemput, dapat jugak akhirnya. Yeayy me! On 25th January Kak Ta jemput saya depan rumah and met others at Bera Waterfront. Motif pergi rumah Kak Ta untuk memeriahkan suasana majlis sambut menantu and sure for Buyana's gathering! :DD Had been so long no meet Eboo and Baby. Yang lain dah jumpa masa gathering Buyana tahun lepas. If I'm not mistaken, last jumpa masa ambik result SPM. Yeah, SPM. So, 1....2.....3...(kira dengan jari)... ha almost 4 tahun dah tak jumpa. Besar dah Eboo dan bayi Suhada. Hahahahaha. Makin cantik semua. *Included me* HAHAHAHAHAHAHA. Okay, boleh diam sekarang!

***PICTURE HAS BEEN DELETED DUE TO SOME REASONS***

Okay, look at the above photo and find one different. Krik krik krik.. Ha! Siapa entah yang pakai tudung merah, tak kena tema langsung! HAHAHAHAHAHA. Okay boleh diam dah sekali lagi! :P hihhi Sorry kawan kawan, saya menjadi makhluk perosak gambar. Sobs Sobs. Diorang semua ingat saya dah tahu tema biru. Saya tak tahu apa apa pun, sampai hati meng-anak-tiri-kan saya. Rasa diri sungguh terhina bila nak ambik gambar together with them. Tsk tsk. T___T Hahaha drama sangat dah nak touching lebih lebih. :P

***PICTURE HAS BEEN DELETED DUE TO SOME REASONS***

This berbaju kurung day was actually on 2nd day dekat rumah Kak Ta. Malam tu, these 8/10 annoying sisters semua sumbat tidur dalam satu bilik. Mana lagi dua? Ouh, Nenek tak dapat datang on that day and Siti tak dapat datang malam tu. Sedihnya, bila gather, attendance tak pernah perfect. It is okay, maybe for the next time. :)) Malam tu ramai ramai tolong Kak Ta potong bunga rampai, wrap and decorate some gifts and candies untuk cabutan bertuah. Then, buat table-talk bukak cerita zaman dekat maktab sampai pukul 1.30 pagi. That was a quality time!

***PICTURE HAS BEEN DELETED DUE TO SOME REASONS***

Ha, kenapa macam tu? Rasanya tak perlu penjelasan dah. That's because of Areen. Hihihihi. :P Okay, nie nak cerita pasal Kuda Kepang. On 26th January, I mean on that wedding day ada pertunjukan Kuda Kepang. That was my very first experience watched live performance of Kuda Kepang. Kelu. :\  Bukan pasal tarian, tapi pasal rasukan selepas tarian tu. Sampai 3, 4 penari kuda kepang yang kena rasuk. Takut, tapi nak jugak tengok. You'll never have this feeling, korang semua memang kena tengok sendiri! Tapi tak tahu lah, Kuda Kepang kan orang kaitkan dengan syirik sebab ada spirit. So, setakat tengok untuk kenal adat resam melayu boleh kot. 'Kot' okay 'kot' bukan boleh! Sebab saya pun tak tahu sangat benda benda macam nie. Tanya yang lebih arif. Eh Arif? Ehemm. Hiks, kbye! :P

So, habislah cerita pasal wedding abang Kak Ta. =)

Now, iolls tengah busy buat preparation untuk Majlis Perkahwinan for my sister. I'm so happy that she's getting married soon! Finally. \(^,^)/ This gubahan. Cantik tak? *cantik* Ouh, thankyou! Hihihihi :P Saya rasa cantik dah, tapi you know mak cakap apa? "Ini bukan gubahan, ini susun namanya." Okay. (--,)`

***PICTURE HAS BEEN DELETED DUE TO SOME REASONS***

Nervous dia macam iolls pulak yang nak kahwin. hikhik. :P *ada niat di situ ye!* Actually iolls pengapit je. And this would be my first experience jadi pengapit sebab tu lah nervous dia lain macam. Mana lah iolls nak tahu bila nak buat tu, bila tak payah, and sampai bila nak berkepit dengan pengantin nya. Ye dak? hihihi. Wish me luck! ;) Errr, puii satu kali dekat diri sendiri! Beriya je. hahahahaha. Peaceeee! Untuk bakal pasangan mempelai, saya doakan agar kalian bersatu selamanya dan dilimpahi rahmat yang berlimpah ruah dari-Nya, insyaAllah amin. =)  

Before I end up this entry, just let you know. Result final exam hari tu tak keluar lagi. Nervous iolls tau mak dah tanya berkali kali. Jadi, marilah bersama sama mendoakan kejayaan saya. insyaAllah. Semoga Syafikah Khilid berjaya capai targetnya, Amin Amin Ya Rabbal'alamin, insyaAllah. Terima kasih semua. =))

The end . . .