Dec 23, 2012

NASA Sahkan Matahari Sudah Terbit Dari Barat




Sains Astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut. NASA kemudian mendapati pergerakan planet Marikh telah menukar laluannya ke arah bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat.

Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa salah satu tanda besar hari yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat. Pihak NASA telah pun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Sumber dari :
Amekau.com

Mohon share untuk semua.

Oct 13, 2012

"Akibat Layu Menghadap Buku, Rosak Seni Kerana Aku"

Bismillah. Matahari pagi Sabtu malu-malu menampakkan diri, penat melakukan tugas seperti seorang suri rumah, membasuh dan menyidai kain, mengemas bilik dan akhirnya mata mulai layu menatap Labsheet Analog Electronic I. Sambung tidur? Ahh, nafsu semata-mata! Lebih baik jari-jemari menulis di sini untuk menghilangkan rasa bosan hujung minggu tanpa roommate.

Lagaknya seperti seorang penulis terkenal hakikatnya aku seorang pelajar UMP bidang engineering yang kebosanan. Mungkin agak menjengkelkan dengan penggunaan bahasa namun kau siapa untuk mempersoalkan hak aku? Ahhh, persetankan itu semua! Aku hanya ingin berkongsi kegembiraan mempunyai rakan-rakan yang mampu bergelak tawa sedang aku tertekan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.

Rabu yang seperti biasa tanpa kelas. Memang sudah dirancang untuk keluar bersama teman-teman serumah. Destinasi yang dituju? Kemana lagi hendak dituju kalau bukan Bandar Pekan atau lebih terkenal dengan Bandar Di Raja. Memandang bangunan-bangunan lama masih tersergam indah membuatkan aku menyelami memori ketika di Lipis. Sama tapi tak serupa. Ahh, lupakan! Keluar bersama mereka di expo Pekan membeli 2,3 helai baju untuk ke kuliah. Perempuan semuanya begini, walaupun sudah banyak baju di dalam almari, masih tidak cukup! Mungkin inilah salah satu nafsu daripada 9 nafsu yang dikurniakan kepada kami kaum Hawa.

Selesai membeli belah di expo, menuju pula ke Restoran Ikar Bakar Ana Petai di Tanjung Lumpur yang sememangnya menjadi destinasi utama kami. Tiba di sana, pantai yang berhadapan restoran itu lebih senang meraikan kedatangan kami. Sememangnya pantai memang sinonim dengan keindahan dan ketenangan. Selalu mendengar perumpamaan "melekat seperti belangkas" namun selama 20 tahun hidup di muka bumi Tuhan, inilah kali pertama aku dapat melihat belangkas dengan pancaindera penglihatan ku. Ikan bakar? Ahh, terlupa sekejap. Perut yang mula minta diisi menggerakkan kaki melangkah ke restoran tetapi nasib tidak menyebelahi kami kerana ikan yang dicari untuk dijadikan ikan bakar sangat laris dan telah habis dijual. Tetap setia di restoran yang terkenal itu dengan menu sotong bakar, udang, ikan masak sambal, ikan stim.

Selesai menyempurnakan ibadah wajib solat Maghrib, makanan sudah terhidang. Suatu perasaan yang muncul apabila dapat menikmati juadah terhidang dengan teman-teman apabila perut sudah lama menanti sesuap nasi. Suasana yang mulanya kecoh untuk mendapatkan lauk ke pinggan masing-masing bertukar menjadi sunyi sepi menyuapkan nasi ke mulut. Alhamdulillah. Sesungguhnya, Allah SWT adalah zat Maha Pemberi Rezeki. Kekenyangan sehingga terlena dalam perjalanan pulang ke Ump. Inilah kisahnyaaaa...


P/s : This would be my first and last time. Sekadar mengisi kekosongan. 
        "Akibat layu menghadap buku, rosak seni kerana aku"

(Karya Anak Seni Nukilan Syafikah Khilid, 2012)